Powered By Blogger

Tuesday, November 8, 2011

Laporan Ketua Audit Negara 2010(LKAN)

Hari ini terasa mahu menulis barang sedikit. Saya tertarik dengan tajuk di atas kerana ia amat penting saya rasa. Ianya  sebagai penanda ketelusan kerajaan kita dalam membelanjakan hasil negara yang dikutip setiap tahun. Laporan ini dibentangkan di Parlimen setiap tahun dan selalunya bersama dengan pembentangan Bajet. Tahun ini ada kelainan kerana lewat dibentangkan, 17 hari lewat dari bajet 2011 iaitu pada 24/10/2011. Sebab dan musababnya saya tidak ketahui walaupun Ketua Audit Negara mengatakan bahwa laporan tersebut telah siap lebih awal.

Saya tidak berpeluang meneliti laporan ini kerana ia bukan mudah diperolehi. Hanya media saja menjadi sandaran kita untuk mengetahui akan laporan tersebut. Entahkah benar atau tidak laporan media yang saya baca. Media Harakah dan Suara Keadilan secara online atau bercetak banyak membincangkannya. Begitu juga media lain. Banyak persoalan yang dibentangkan oleh KAN tentang kesalahan  dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak Kementerian dan Jabtan Kerajaan.

Laporan mengatakan hanya 2 banguna makmal  komputer yang siap dari 300 buah yang dululuskan pada 2010  dengan bajet RM160.7 juta amat mengecewakan kita. Ditambah dengan peralatan ICT yang sudah dibekalkan tetapi tidak dapat digunakan kerana  bilik makmal komputer tidak sempurna . Malang sekali keadaan ini berlaku sedang anak-anak kita amat memrelukan akan pengajaran dan pembelajaran menerusi ICT ini. Dimana silapnya? Pihak kementerian kena ambil tindakan segera mengatasi masalah ini.

Laporan juga mengatakan bahwa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah tidak membayar insentif kepada petani padi sebanyak RM110.67 juta iaitu seramai 73,291 orang yang berjaya meningkatkan hasil pengeluaran padi mereka. Bila keadaan ini terjadi sudah tentu para petani menghadapi kesusahan kerana sejumalah wang yang sepatutnya mereka perolehi dan perlu  digunakan untuk meneruskan kegiatan harian mereka bagi penghasilan terus kini terhenti. Para pesawah tidak lagi dapat meneruskan aktiviti sawah kerana ketidak cukupan modal. Dimana hilangnya wang tersebut sedang sudah diluluskan? Menteri yang bertanggungjawab Dato' Seri Noh Omar harus menjawab dan memberi penjelasan dan mengatasi  segera  masalah tersebut  agar para petani boleh membuat persedian yang  terbaik di musim hadapan.

Laporan KAN juga menyebut tentang menu makanan kepada 143 Tabika Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Laporan mengatakan  79 atau 55.2% buah  Tabika telah didapati tidak menepati menu dan piawaian yang ditetapkan atau makanan tamat tempoh. Kasihan anak-anak kita di Luar Bandar yang memerlukan pemakanan berkualiti tapi dikhianati.

Banyak lagi laporan yang dibentangkan terkeluar dari perbelanjaan sebenar. Cukup dulu tiga contoh di atas. Banyak lagi sebenarnya.   Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) menyatakan telah membuka 36 fail siasatan susulan dari laporan oleh Ketua Audit Negara. Kedaan penyalagunaan  ini berulang sejak 2009 hingga kini, 3 tahun berturut-turut. Diharpkan agar dengan penyasatan pihak SPRM ini menyebabkan setiap Kementerian  dan  Jabatan akan memastikan agar  perbelanjaan mereka pada tahun-tahun akan datang benar-benar mengikut apa yang sepatutnya. Jangan lagi membuat sesuatu yang bertentangan dengan peraturan sebenar seperti pembelian TV LCD dengan harga RM16,100.00 berbanding harga pasaran RM2,1823.00.

Diharapkan  pihak SPRM benar-benar menjalankan tugas mereka dan LKAN tahun depan satu laporan yang mencerminkan perbelanjaan sebenar.

Wednesday, November 2, 2011

Hari Raya Korban

Assalamualaikum.
Hari Raya Korban atau selalu disebut Hari Raya Haji tak lama lagi akan menjelang iaitu pada 10 zulhijjah 1432 hijrah bersamaan 6hb November 2011. Perayaan ini sememangnya antara hari-hari besar dalam Islam dan sepatutnya diraikan oleh umat Islam sebaiknya berbanding perayaan lain seperti  hari kekasih, hari bapa, hari ibu temasuklah hari kebnagsaan. Pada hari tersebut berjuta umat manusia akan terima   oleh Allah akan pengorbanan mereka menemui Allah di  tanah suci Mekkah. Hari Raya Korban juga mengingati akan peristiwa Nabi Ibrahim  mengorbankan anaknya Nabi Ismail semata-mata kerana patuh dan mengikuti suruhan Allah. Maka itu kita umat Islam semestinya memuliakan akan hari ini sebaik-baiknya dengan mengadakan  amalan yang disuruh terutamanya sunah  korban  binatang, sembahyang sunat 2 rakaat di masjid bersama jemaah dan menziarahi kubur. Aktiviti dan amalan mulia lain juga hendaklah kita lakukan.

Saya tidak mahu bicara panjang soal hari raya korban dalam sudut agama kerana saya bukan pakar dalam bidang ini. Apa yang saya mahu utarakan ialah sesuai dengan agama rasmi negara kita iaitu  Islam, maka kerajaan hendaklah mengambil peranan untuk membawa masyarakat terutamanya orang Islam ke arah menjadikan Islam satu perjuangan teratas semasa perayaan  ini. Badan-badan kerajaan yang ada semestinya mengepalai NGO Islam dalam membuat berbagai aktiviti keislaman sempena perayaan besar ini. Dengan ini, anak-anak muda akan tertanam dihati dan minda mereka akan perjuangan Islam sebenar. Malangnya, perkara ini tidak mendapat tempat dalam masyarakat kita hari ini. Hari Raya Korban disambut  ala kadar sahaja. Ianya hanya kita rasai bila kita berada di negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu, negeri pantai timur Semenanjung. Kalau di Sabah, hanya dicorong-corong radio sahaja kita dengar ada ucapan. Jarang sekali kita dengar ada acara besar-besaran dibuat oleh kerajaan atau badan berkanun. Saya tidak mengharapkan ia disambut sebulan seperti pesta Kaamatan  tetapi cukup kita raikan sesuai dengan kemuliaan dan kebesarannya.

Oleh itu, kita harapkan para pemimpin Islam dalam kerajaan  dan badan-badan berkanun supaya mengambil langkah berani menjadikan Hari Raya Korban ini satu perayaan yang benar-benar memberi makna kepada semua masyarakat terutamanya masyarakat Islam. NGO Islam juga mesti  ikut sama mengadakan aktiviti-aktivit bercorak dakwah, pengajaran dan amalan mulia sesuai dengan kedatanagan hari penuh berkat ini. Aktiviti tersebut hendaklah diatur agar kita benar-benar terasa berada  didalam suasana  kemuliaan dan memahami erti pengorbanan sebenar.

Selamat merayakan Hari Raya Korban. Moga amalan dan pengorbanan kita dalam menjadikan agama kita terunggul diberi kerahmatan oleh Allah.

Monday, October 17, 2011

Jalan Raya Kita- Tempelan

Kali ini aku ingin tulis tentang jalan raya  kita. Pada 13 Oktober lepas aku bertolak dari Kota Kinabalu untuk ke Kota Marudu bersama anak-anak dan isteri ziarahi kelurga. Keesokan harinya aku ke Pitas sambil mencari ikan segar. Jarak dari Kota kinabalu ke Kota Marudu sekitar 130km dan ke Pitas 38km. Jarak tersebut memaksa kita mengambil masa sekurang-kurangnya 3 jam dari Pitas ke Kota Kinabalu. Berbanding dengan  leburaya di Semenanjung yang hanya memakan masa kurang 90minit. Kenepa ini berbeda? Tentu kerana jalan yang aku namakan "Jalan Tempelan".
Dari permerhatian ku jalan sepanjang yang aku lalui diperbaiki dengan cara tempelan. Ku lihat pekerja mengorek lubang kwasan jalan yang rosak lalu menempelnya. Tempelan ini kadang rendah dan kadang tinggi, tidak rata. Kalau tempelan yang panjang nampak kemas sikit kerana ada jentera pemampat, pun kurang rata kadang beralun. Keadaan ini memnyebabkan kita seperti memandu dilautan yang berombak atau menunggang  kuda. Kadang terlambung kadang terpaksa tekan break kerana lubang belum tertempel. Sepanjang perjalanan ku, pasti kelihatan jalan ditempel. Ada yang lama dan ada yang baru. Perjalanan tidak selancar yang diidamkan. Kena berhati-hati lebih.
Dari penyataan  di atas, aku tertanya-tanya. PM kata kita punya banyak wang untuk dibelanjakan. Kita cukup dana membangunkan rakyat terutamanya luar bandar. Kalau benar demikian, kenapa jalan kita ditempel-tempel cuma. Kenapa tidak diaspal secara sekata agar kita pengguna sentiasa terbela. Kedaan jalan yang ada kini mungkin penyebab kepada banyak kemalangan. Justeru, pihak kerajaan kena mengambil perhatian dan tindakan untuk mengaspal jalan yang rosak secara sekata bukan main tempel-tempelan. Barulah kita akan kecapi piawaian negara maju.

Sunday, October 16, 2011

Perjalanan pulang ke kampung

Syukur Alhamdulillah perjalanan aku dan keluarga  ke Kota Marudu selamat. Kini aku sudah di rumah dan sambung coretan yang dapat aku kongsikan  bersama teman.
Malam itu kami sampai di pekan Kota Marudu sekitar jam 11.00 malam dan sampai di rumah bapa mertua 15 minit kemudian. Keadaan keluarga semua makin baik walaupun mak mentua masih sakit-sakit badan. Kami semua  amat gembira bertemu sesama terutama mak mentua bertemu cucu-cucunya. Perjalanan yang jauh dan keadaan jalan yang kurang baik menyebabkan aku terlena tanpa banyak bicara dengan keluarga.
Keesokan harinya aku dan isteri  menyusuri jalan ke Pitas. Mahu cari ikan segar yang kebiasaanya sekitar jam 9.00 hingga 10.00 pagi pelaut naik membawa hasil tangkapan. Selalunya aku tak sampai ke pekan Pitas, terjumpa ikan-ikan yang ku idamkan. Hari itu, macam tidak ada jodoh ungkap anak sulungku. Aku tak dapat ikan walau seekor. Cuma  isteriku membeli lokan saja. Udang disepanjang perjalanan memang ada tapi harganya jauh lebih mahal dari di pasar Kota Kinabalu. Ada juga ikan-ikan kecil digerai-gerai   dan di tamu Seribudaya tapi memang harganya agak mahal tidak seperti dulu. Akhirnya aku ke Pekan Kota Marudu dan membeli ayam segar dari seorang kenalan. Harganya RM11.00sekilogram. Agak mahal tapi memang segar. Kedaan ini timbul kerisauan aku tentang anak-anak nelayan disepanjang jalan ke Pitas. Bagaimana mereka mendapat sumber protin yang cukup bila hasil tangkapan semakin kurang dan harga ikan menjadi mahal  berbanding dulu. Kita harapkan agar keadaa ini tidak berterusan.
Kepada teman-teman  yang  bercadang ke Kota Marudu atau Kudat pada sebelah malam, anda kena ambil perhatian lebih kepada keadaan jalanraya terutamanya bermula dari Kg Timbang, Kota belud hingga ke simpang Kudat- Kota Marudu. Keadaan jalan amat daif sekali. Terdapatnya lubang-lubang disepanjang perjalanan. Pembaikan jalan juga banyak dibuat tapi tidak punya tanda amaran yang cukup. Lampu-lampu amaran dan papantanda  sepatutnya dipasang untuk memastikan pengguna menyedari akan kerosakan yang ada. Silap langkah, anda akan termasuk dalam gaung. Justeru berhati-hati bila melalui jalan tersebut.
Sepanjang ingatan  sejak 1992 aku melalui jalan ini, hanya dimasa Datuk Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri  berkeadaan baik. Selepas beliau meletakkan jawatan Ketua Menteri dan sehinggalah kesaat ini, keadaan jalan ini semakin bertambah buruk walau jalan ini sering dilalui oleh  tiga orang Menteri Persekutuan dan negeri. Sebagai pengguna jalan ini, aku mohon agar kerajaan mengambil perhatian dan membaiki jalan-jalan yang rosak segera sebelum banyak kejadian buruk berlaku. Kerajaan BN kena lebih adil memebri peruntukan kepada Sabah. Kalau di Malaya, jalan yang aku lalui bulan Julai lalu dari Kuala Lumpur, Temerloh, Kuantan dan  Sermban  terus  ke Kuala Kangsar dan berpatah balik ke Ipoh tidak pernah aku temui jalan seteruk jalan  ke Kota Marudu walau dalam  jarak 10 meter. Moga perjalan teman-temanku selamat.

Thursday, October 13, 2011

Anak sulungku baru balik dari U

Syukur ke hadrat Ilahi, Alhamdulillah, anak sulungku yang bernama Efa Sakinah , selamat tiba di KKIA petang tadi. Setelah hampir 5 bulan berada di rantauan demi melanjutkan pelajarannya di peringkat Asasi, jurusan Undang-undang di UiTM Pahang Kampus Kuantan. Perasaan gembira dan bahagia dirasai oleh kami seisi keluarga.

Seterusnya, perjalanan ke kampung halaman jumpa nenek dan datuknya yang kurang sihat di  Kota Marudu. Bercadang akan singgah di  Kg Tamau Kota Belud, ziarah makcik Dayang  Sari yang kematian suami tersayang semalam. 

Bertemu lagi di lembaran seterusnya, Insya-Allah.

Wednesday, October 12, 2011

             Lama aku tidak mencatat apa-apa dalam ruangan ini. Memang aku bukan penulis yang baik. Justeru aku tidak suka menulis. Tapi malam ini macam mau menulis pula. Tapi jam sudah jam  1.30pagi.  Mata pula mula mengantuk. Cuma aku mahu kongsi tentang cadangan kerajaan memberi bantuan RM100.00 seorang kepada  5.3juta pelajar tahun  1 hingga tingkatan 6atas pada tahun 2012. Bantuan RM500.00 kepada keluarga berpendapatan kurang dari RM3000.00 sebulan . Nampaknya kerajaan kini punya kemampuan baik dalam membela dan membantu rakyat bagi mencapai cita-cita menjadi negara maju. Kita doakan agar ianya berterusan ditahun-tahun yang akan datang bukan pada  tahun 2012 sahaja  yang mungkin PRU13 akan diadakan.
              Namun aku amat khuatir pada 2020 dimana negara kita Malaysia menjadi negara maju sedang kampungku kini belum punya bekalan air paip bersih, talian telepon, klinik yang menampung kesihatan penduduk, balai serbaguna yang baik, masjid yang indah dan banyak lagi pasarana yang perlu. Nombor rumahpun belum ada, apa lagi data penduduk. Pendek kata, kampungku masih jauh dari igauan kampung maju.

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir batin

Ramadan 1432 kini telah berlalu. Bulan Syawal menjelma. Kalau dalam bulan Ramadan kita banyak beribadah. Siang kita berpuasa, malam pula kita bertarawih, bertahajud, membaca al-quran, bertasbih dan bermacam ibadah. Bulan syawal pula berbeda. Siang kita menjamu selera tak kira masa, malam asyik menonton acara termasuk juga rumah terbuka. Soal ibadah dikerjakan sekadar cuma, lantaran dik kesibokan melayan masa bergembira disuasana hari raya.

Meskeipun demikain, jangan lupa puasa yang masih ada. Puasa 6 dalam bulan syawal masih dituntut disamping membayar kepada mereka yang terpaksa berbuka. Walau semeriah mana hari raya, jangan lupa mereka yang masih susah. Bawalah mereka bergembira bersama. Kalau masa ramadan kita asyik bersedakah, dibulan syawal ini kita teruskan juga. Sebenarnya bulan ramadan mengajar kita menjadi manusia mulia. Justeru, teruskan mana yang diterima sepanjang masa. Moga amalan kita terus diberkatiNya. Kita lalui ramadan kali ini dan kita teruskan semangatnya hingga ke ramadan akan datang.

Selamat bergembira di hari raya. Gunakan kesempatan yang ada beramah tamah, memaafi sesama kita dan saling ziarah menziarahi sanak saudara.

Wednesday, August 17, 2011

Ramadan al Mubarak

Kini kita dalam bulan Ramadan. 17 hari telah berlalu. Malam tadi kita sama-sama lalui tarawih ke 18. Esok malam ke 19. Lusa pula malam 20. Malam ke 21 bermula penggal ke 3 dalam Ramadan ini.
Pada malam-malam yang ganjil dipenggal ke 3 ini, satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan akan turun ke bumi menemui para muslimin muslimat. Malam Lailatul Qadar pasti hadir. Cuma siapakah yang dapat menemuinya? Hanya mereka yang sentiasa beramal dan mengingati Allah  pada sepanjang malam dengan penuh ikhlas, insyaAllah mendapat keberkatan dan rahmat dari malam tersebut. Jadi ayuh para sahabat, luangkan masa memuji Allah sepanjang bulan Mulia ini. Moga kita diantara yang menemui Malam terhebat ini. Selamat beribadah kerana Allah

Tuesday, May 10, 2011

Persatuan Iranun Sabah Kota Belud(PerIsa) akan bermesyuarat pada 17 Mei 2011 di Pejabat Presiden Alamesra bermula jam 10.00 pagi.
Kepada semua AJK, anda semua dijemput hadir bagi membincangkan hari pelancaran Persatuan ini.

Friday, February 25, 2011

Perkelahan Kelab FB PEMIKIR

Kelab FB PEMIKIR telah bermesyuarat semalam 25hb. Februari 2011, di Restoran Tiara Tomyam dan dihadiri oleh 15 orang Ahlijawaatankuasa. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi Penganjur Ir. Datu Jamigul Datu Salain. Kelab FB  PEMIKIR ini telah diilhamkan oleh saudara Sharif Kasap Sharif Ekang atas kesedaran untuk mengwujudkan satu kesatuan Iranun yang tidak terpengaruh dengan fahaman politik tetapi memikirkan tentang kesatuan dan kesinambungan  kemajuan bangsa Iranun sendiri. Justeru pada pendukung kearah ini dipohon untuk bersama-sama menjayakan misi ini.

Hasil dari mesyuarat tersebut maka satu majlis perkelahan dipersetujui yang akan diadakan pada 19hb. Mac 2011 bertempat di Pantai Tanjung Lipat, Kota Kinabalu bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Ia berkonsepkan santai dan mesra. Semua peserta atau keluarga yang sudi hadir hendaklah membawa bekalan makanan sendiri secara "Pot Luck". Pihak penganjur akan menyediakan minuman dan BBQ termasuk hadiah-hadiah permainan. Peserta juga diminta membawa sebuah hadiah sekurang-kurangnya bernilai RM20.00 bagi acara bertukar-tukar hadiah.  Berbagai acara dan permainan sedang diatur dan satu hadiah khas untuk maksud cabutan tiket bertuah sedang diusahakan.

Kepada semua Iranun diminta menjayakan perkelehan julung-julung kali ini. Iranun di sini bermakna ibubapa, ibu atau bapanya berbangsa Iranun. Pasangan bukan Iranun juga boleh hadir yang penting suami atau isteri berbangsa Iranun.

Jom, jumpa anda di sana. Jangan lupa bawa sekali kelengkapan tikar, pakaian mandi dan lain-lain yang sesuai ala santai di tepi pantai. See you soon.