Wednesday, August 17, 2011

Ramadan al Mubarak

Kini kita dalam bulan Ramadan. 17 hari telah berlalu. Malam tadi kita sama-sama lalui tarawih ke 18. Esok malam ke 19. Lusa pula malam 20. Malam ke 21 bermula penggal ke 3 dalam Ramadan ini.
Pada malam-malam yang ganjil dipenggal ke 3 ini, satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan akan turun ke bumi menemui para muslimin muslimat. Malam Lailatul Qadar pasti hadir. Cuma siapakah yang dapat menemuinya? Hanya mereka yang sentiasa beramal dan mengingati Allah  pada sepanjang malam dengan penuh ikhlas, insyaAllah mendapat keberkatan dan rahmat dari malam tersebut. Jadi ayuh para sahabat, luangkan masa memuji Allah sepanjang bulan Mulia ini. Moga kita diantara yang menemui Malam terhebat ini. Selamat beribadah kerana Allah

2 comments:

  1. Asalammualaikum dinakanku Razak.
    Selamat menunaikan ibadat puasa dan selamat menyambut Hari Raya yg.bkal menjelang.
    Dengan ikhlas hati ku jemput Razak sekeluarga datang ke rumah raya ke 3 ya..Raya pertama aku balik ke KM, tidur sana.Maafkan salah silap di masa lalu.Terimakasih Zak.

    ReplyDelete
  2. Walaikumusalam Mas. Selamat berpuasa dan meraikan suasana Hari Raya yang tak lama lagi akan menjelma. InsyaAllah, kalau ada kesempatan saya akan bertandang ke rumah Mas. Maaf pada semua kesilapan yang lalu. Saya tahu, saya banyak buat salah pada Mas. Selamat berpuasa dan Maaf Zahir& Batin

    ReplyDelete