Monday, October 17, 2011

Jalan Raya Kita- Tempelan

Kali ini aku ingin tulis tentang jalan raya  kita. Pada 13 Oktober lepas aku bertolak dari Kota Kinabalu untuk ke Kota Marudu bersama anak-anak dan isteri ziarahi kelurga. Keesokan harinya aku ke Pitas sambil mencari ikan segar. Jarak dari Kota kinabalu ke Kota Marudu sekitar 130km dan ke Pitas 38km. Jarak tersebut memaksa kita mengambil masa sekurang-kurangnya 3 jam dari Pitas ke Kota Kinabalu. Berbanding dengan  leburaya di Semenanjung yang hanya memakan masa kurang 90minit. Kenepa ini berbeda? Tentu kerana jalan yang aku namakan "Jalan Tempelan".
Dari permerhatian ku jalan sepanjang yang aku lalui diperbaiki dengan cara tempelan. Ku lihat pekerja mengorek lubang kwasan jalan yang rosak lalu menempelnya. Tempelan ini kadang rendah dan kadang tinggi, tidak rata. Kalau tempelan yang panjang nampak kemas sikit kerana ada jentera pemampat, pun kurang rata kadang beralun. Keadaan ini memnyebabkan kita seperti memandu dilautan yang berombak atau menunggang  kuda. Kadang terlambung kadang terpaksa tekan break kerana lubang belum tertempel. Sepanjang perjalanan ku, pasti kelihatan jalan ditempel. Ada yang lama dan ada yang baru. Perjalanan tidak selancar yang diidamkan. Kena berhati-hati lebih.
Dari penyataan  di atas, aku tertanya-tanya. PM kata kita punya banyak wang untuk dibelanjakan. Kita cukup dana membangunkan rakyat terutamanya luar bandar. Kalau benar demikian, kenapa jalan kita ditempel-tempel cuma. Kenapa tidak diaspal secara sekata agar kita pengguna sentiasa terbela. Kedaan jalan yang ada kini mungkin penyebab kepada banyak kemalangan. Justeru, pihak kerajaan kena mengambil perhatian dan tindakan untuk mengaspal jalan yang rosak secara sekata bukan main tempel-tempelan. Barulah kita akan kecapi piawaian negara maju.

Sunday, October 16, 2011

Perjalanan pulang ke kampung

Syukur Alhamdulillah perjalanan aku dan keluarga  ke Kota Marudu selamat. Kini aku sudah di rumah dan sambung coretan yang dapat aku kongsikan  bersama teman.
Malam itu kami sampai di pekan Kota Marudu sekitar jam 11.00 malam dan sampai di rumah bapa mertua 15 minit kemudian. Keadaan keluarga semua makin baik walaupun mak mentua masih sakit-sakit badan. Kami semua  amat gembira bertemu sesama terutama mak mentua bertemu cucu-cucunya. Perjalanan yang jauh dan keadaan jalan yang kurang baik menyebabkan aku terlena tanpa banyak bicara dengan keluarga.
Keesokan harinya aku dan isteri  menyusuri jalan ke Pitas. Mahu cari ikan segar yang kebiasaanya sekitar jam 9.00 hingga 10.00 pagi pelaut naik membawa hasil tangkapan. Selalunya aku tak sampai ke pekan Pitas, terjumpa ikan-ikan yang ku idamkan. Hari itu, macam tidak ada jodoh ungkap anak sulungku. Aku tak dapat ikan walau seekor. Cuma  isteriku membeli lokan saja. Udang disepanjang perjalanan memang ada tapi harganya jauh lebih mahal dari di pasar Kota Kinabalu. Ada juga ikan-ikan kecil digerai-gerai   dan di tamu Seribudaya tapi memang harganya agak mahal tidak seperti dulu. Akhirnya aku ke Pekan Kota Marudu dan membeli ayam segar dari seorang kenalan. Harganya RM11.00sekilogram. Agak mahal tapi memang segar. Kedaan ini timbul kerisauan aku tentang anak-anak nelayan disepanjang jalan ke Pitas. Bagaimana mereka mendapat sumber protin yang cukup bila hasil tangkapan semakin kurang dan harga ikan menjadi mahal  berbanding dulu. Kita harapkan agar keadaa ini tidak berterusan.
Kepada teman-teman  yang  bercadang ke Kota Marudu atau Kudat pada sebelah malam, anda kena ambil perhatian lebih kepada keadaan jalanraya terutamanya bermula dari Kg Timbang, Kota belud hingga ke simpang Kudat- Kota Marudu. Keadaan jalan amat daif sekali. Terdapatnya lubang-lubang disepanjang perjalanan. Pembaikan jalan juga banyak dibuat tapi tidak punya tanda amaran yang cukup. Lampu-lampu amaran dan papantanda  sepatutnya dipasang untuk memastikan pengguna menyedari akan kerosakan yang ada. Silap langkah, anda akan termasuk dalam gaung. Justeru berhati-hati bila melalui jalan tersebut.
Sepanjang ingatan  sejak 1992 aku melalui jalan ini, hanya dimasa Datuk Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri  berkeadaan baik. Selepas beliau meletakkan jawatan Ketua Menteri dan sehinggalah kesaat ini, keadaan jalan ini semakin bertambah buruk walau jalan ini sering dilalui oleh  tiga orang Menteri Persekutuan dan negeri. Sebagai pengguna jalan ini, aku mohon agar kerajaan mengambil perhatian dan membaiki jalan-jalan yang rosak segera sebelum banyak kejadian buruk berlaku. Kerajaan BN kena lebih adil memebri peruntukan kepada Sabah. Kalau di Malaya, jalan yang aku lalui bulan Julai lalu dari Kuala Lumpur, Temerloh, Kuantan dan  Sermban  terus  ke Kuala Kangsar dan berpatah balik ke Ipoh tidak pernah aku temui jalan seteruk jalan  ke Kota Marudu walau dalam  jarak 10 meter. Moga perjalan teman-temanku selamat.

Thursday, October 13, 2011

Anak sulungku baru balik dari U

Syukur ke hadrat Ilahi, Alhamdulillah, anak sulungku yang bernama Efa Sakinah , selamat tiba di KKIA petang tadi. Setelah hampir 5 bulan berada di rantauan demi melanjutkan pelajarannya di peringkat Asasi, jurusan Undang-undang di UiTM Pahang Kampus Kuantan. Perasaan gembira dan bahagia dirasai oleh kami seisi keluarga.

Seterusnya, perjalanan ke kampung halaman jumpa nenek dan datuknya yang kurang sihat di  Kota Marudu. Bercadang akan singgah di  Kg Tamau Kota Belud, ziarah makcik Dayang  Sari yang kematian suami tersayang semalam. 

Bertemu lagi di lembaran seterusnya, Insya-Allah.

Wednesday, October 12, 2011

             Lama aku tidak mencatat apa-apa dalam ruangan ini. Memang aku bukan penulis yang baik. Justeru aku tidak suka menulis. Tapi malam ini macam mau menulis pula. Tapi jam sudah jam  1.30pagi.  Mata pula mula mengantuk. Cuma aku mahu kongsi tentang cadangan kerajaan memberi bantuan RM100.00 seorang kepada  5.3juta pelajar tahun  1 hingga tingkatan 6atas pada tahun 2012. Bantuan RM500.00 kepada keluarga berpendapatan kurang dari RM3000.00 sebulan . Nampaknya kerajaan kini punya kemampuan baik dalam membela dan membantu rakyat bagi mencapai cita-cita menjadi negara maju. Kita doakan agar ianya berterusan ditahun-tahun yang akan datang bukan pada  tahun 2012 sahaja  yang mungkin PRU13 akan diadakan.
              Namun aku amat khuatir pada 2020 dimana negara kita Malaysia menjadi negara maju sedang kampungku kini belum punya bekalan air paip bersih, talian telepon, klinik yang menampung kesihatan penduduk, balai serbaguna yang baik, masjid yang indah dan banyak lagi pasarana yang perlu. Nombor rumahpun belum ada, apa lagi data penduduk. Pendek kata, kampungku masih jauh dari igauan kampung maju.