Monday, October 17, 2011

Jalan Raya Kita- Tempelan

Kali ini aku ingin tulis tentang jalan raya  kita. Pada 13 Oktober lepas aku bertolak dari Kota Kinabalu untuk ke Kota Marudu bersama anak-anak dan isteri ziarahi kelurga. Keesokan harinya aku ke Pitas sambil mencari ikan segar. Jarak dari Kota kinabalu ke Kota Marudu sekitar 130km dan ke Pitas 38km. Jarak tersebut memaksa kita mengambil masa sekurang-kurangnya 3 jam dari Pitas ke Kota Kinabalu. Berbanding dengan  leburaya di Semenanjung yang hanya memakan masa kurang 90minit. Kenepa ini berbeda? Tentu kerana jalan yang aku namakan "Jalan Tempelan".
Dari permerhatian ku jalan sepanjang yang aku lalui diperbaiki dengan cara tempelan. Ku lihat pekerja mengorek lubang kwasan jalan yang rosak lalu menempelnya. Tempelan ini kadang rendah dan kadang tinggi, tidak rata. Kalau tempelan yang panjang nampak kemas sikit kerana ada jentera pemampat, pun kurang rata kadang beralun. Keadaan ini memnyebabkan kita seperti memandu dilautan yang berombak atau menunggang  kuda. Kadang terlambung kadang terpaksa tekan break kerana lubang belum tertempel. Sepanjang perjalanan ku, pasti kelihatan jalan ditempel. Ada yang lama dan ada yang baru. Perjalanan tidak selancar yang diidamkan. Kena berhati-hati lebih.
Dari penyataan  di atas, aku tertanya-tanya. PM kata kita punya banyak wang untuk dibelanjakan. Kita cukup dana membangunkan rakyat terutamanya luar bandar. Kalau benar demikian, kenapa jalan kita ditempel-tempel cuma. Kenapa tidak diaspal secara sekata agar kita pengguna sentiasa terbela. Kedaan jalan yang ada kini mungkin penyebab kepada banyak kemalangan. Justeru, pihak kerajaan kena mengambil perhatian dan tindakan untuk mengaspal jalan yang rosak secara sekata bukan main tempel-tempelan. Barulah kita akan kecapi piawaian negara maju.

2 comments:

  1. sdr Razak..

    Kemudahan Infrasarana di sabah terutama jalan raya memang kelas "kambing' kata rakan saya dari semenanjung..walaupun Sabah punya pemimpin yang gah dan kekayaan yang melimpah ruah termasuk sumber balak dan minyak.Namun di mana kekayaan itu?

    teruskan menulis!..saya teruja membacanya.

    salam hormat
    Kelapa Mawar

    ReplyDelete
  2. Terima kasih saudara. Lama tidak menulis panjang-panjang. Hantam sajalah asal faham. Yang penting luhan tu benar dan tidak mengada.

    ReplyDelete