Powered By Blogger

Wednesday, November 2, 2011

Hari Raya Korban

Assalamualaikum.
Hari Raya Korban atau selalu disebut Hari Raya Haji tak lama lagi akan menjelang iaitu pada 10 zulhijjah 1432 hijrah bersamaan 6hb November 2011. Perayaan ini sememangnya antara hari-hari besar dalam Islam dan sepatutnya diraikan oleh umat Islam sebaiknya berbanding perayaan lain seperti  hari kekasih, hari bapa, hari ibu temasuklah hari kebnagsaan. Pada hari tersebut berjuta umat manusia akan terima   oleh Allah akan pengorbanan mereka menemui Allah di  tanah suci Mekkah. Hari Raya Korban juga mengingati akan peristiwa Nabi Ibrahim  mengorbankan anaknya Nabi Ismail semata-mata kerana patuh dan mengikuti suruhan Allah. Maka itu kita umat Islam semestinya memuliakan akan hari ini sebaik-baiknya dengan mengadakan  amalan yang disuruh terutamanya sunah  korban  binatang, sembahyang sunat 2 rakaat di masjid bersama jemaah dan menziarahi kubur. Aktiviti dan amalan mulia lain juga hendaklah kita lakukan.

Saya tidak mahu bicara panjang soal hari raya korban dalam sudut agama kerana saya bukan pakar dalam bidang ini. Apa yang saya mahu utarakan ialah sesuai dengan agama rasmi negara kita iaitu  Islam, maka kerajaan hendaklah mengambil peranan untuk membawa masyarakat terutamanya orang Islam ke arah menjadikan Islam satu perjuangan teratas semasa perayaan  ini. Badan-badan kerajaan yang ada semestinya mengepalai NGO Islam dalam membuat berbagai aktiviti keislaman sempena perayaan besar ini. Dengan ini, anak-anak muda akan tertanam dihati dan minda mereka akan perjuangan Islam sebenar. Malangnya, perkara ini tidak mendapat tempat dalam masyarakat kita hari ini. Hari Raya Korban disambut  ala kadar sahaja. Ianya hanya kita rasai bila kita berada di negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu, negeri pantai timur Semenanjung. Kalau di Sabah, hanya dicorong-corong radio sahaja kita dengar ada ucapan. Jarang sekali kita dengar ada acara besar-besaran dibuat oleh kerajaan atau badan berkanun. Saya tidak mengharapkan ia disambut sebulan seperti pesta Kaamatan  tetapi cukup kita raikan sesuai dengan kemuliaan dan kebesarannya.

Oleh itu, kita harapkan para pemimpin Islam dalam kerajaan  dan badan-badan berkanun supaya mengambil langkah berani menjadikan Hari Raya Korban ini satu perayaan yang benar-benar memberi makna kepada semua masyarakat terutamanya masyarakat Islam. NGO Islam juga mesti  ikut sama mengadakan aktiviti-aktivit bercorak dakwah, pengajaran dan amalan mulia sesuai dengan kedatanagan hari penuh berkat ini. Aktiviti tersebut hendaklah diatur agar kita benar-benar terasa berada  didalam suasana  kemuliaan dan memahami erti pengorbanan sebenar.

Selamat merayakan Hari Raya Korban. Moga amalan dan pengorbanan kita dalam menjadikan agama kita terunggul diberi kerahmatan oleh Allah.

No comments:

Post a Comment