Powered By Blogger

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir batin

Ramadan 1432 kini telah berlalu. Bulan Syawal menjelma. Kalau dalam bulan Ramadan kita banyak beribadah. Siang kita berpuasa, malam pula kita bertarawih, bertahajud, membaca al-quran, bertasbih dan bermacam ibadah. Bulan syawal pula berbeda. Siang kita menjamu selera tak kira masa, malam asyik menonton acara termasuk juga rumah terbuka. Soal ibadah dikerjakan sekadar cuma, lantaran dik kesibokan melayan masa bergembira disuasana hari raya.

Meskeipun demikain, jangan lupa puasa yang masih ada. Puasa 6 dalam bulan syawal masih dituntut disamping membayar kepada mereka yang terpaksa berbuka. Walau semeriah mana hari raya, jangan lupa mereka yang masih susah. Bawalah mereka bergembira bersama. Kalau masa ramadan kita asyik bersedakah, dibulan syawal ini kita teruskan juga. Sebenarnya bulan ramadan mengajar kita menjadi manusia mulia. Justeru, teruskan mana yang diterima sepanjang masa. Moga amalan kita terus diberkatiNya. Kita lalui ramadan kali ini dan kita teruskan semangatnya hingga ke ramadan akan datang.

Selamat bergembira di hari raya. Gunakan kesempatan yang ada beramah tamah, memaafi sesama kita dan saling ziarah menziarahi sanak saudara.

Wednesday, August 17, 2011

Ramadan al Mubarak

Kini kita dalam bulan Ramadan. 17 hari telah berlalu. Malam tadi kita sama-sama lalui tarawih ke 18. Esok malam ke 19. Lusa pula malam 20. Malam ke 21 bermula penggal ke 3 dalam Ramadan ini.
Pada malam-malam yang ganjil dipenggal ke 3 ini, satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan akan turun ke bumi menemui para muslimin muslimat. Malam Lailatul Qadar pasti hadir. Cuma siapakah yang dapat menemuinya? Hanya mereka yang sentiasa beramal dan mengingati Allah  pada sepanjang malam dengan penuh ikhlas, insyaAllah mendapat keberkatan dan rahmat dari malam tersebut. Jadi ayuh para sahabat, luangkan masa memuji Allah sepanjang bulan Mulia ini. Moga kita diantara yang menemui Malam terhebat ini. Selamat beribadah kerana Allah