Thursday, October 13, 2011

Anak sulungku baru balik dari U

Syukur ke hadrat Ilahi, Alhamdulillah, anak sulungku yang bernama Efa Sakinah , selamat tiba di KKIA petang tadi. Setelah hampir 5 bulan berada di rantauan demi melanjutkan pelajarannya di peringkat Asasi, jurusan Undang-undang di UiTM Pahang Kampus Kuantan. Perasaan gembira dan bahagia dirasai oleh kami seisi keluarga.

Seterusnya, perjalanan ke kampung halaman jumpa nenek dan datuknya yang kurang sihat di  Kota Marudu. Bercadang akan singgah di  Kg Tamau Kota Belud, ziarah makcik Dayang  Sari yang kematian suami tersayang semalam. 

Bertemu lagi di lembaran seterusnya, Insya-Allah.

2 comments:

  1. Tahniah sdr Razak dengan pencapaian anak tuan itu..bagi keluarga dayang sari sekalung takziah buat beliau sekeluarga..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Kelapa Mawar. Sama-sama kita mendokakan agar roh arwah bersama orang-orang beriman

    ReplyDelete