Powered By Blogger

Sunday, October 16, 2011

Perjalanan pulang ke kampung

Syukur Alhamdulillah perjalanan aku dan keluarga  ke Kota Marudu selamat. Kini aku sudah di rumah dan sambung coretan yang dapat aku kongsikan  bersama teman.
Malam itu kami sampai di pekan Kota Marudu sekitar jam 11.00 malam dan sampai di rumah bapa mertua 15 minit kemudian. Keadaan keluarga semua makin baik walaupun mak mentua masih sakit-sakit badan. Kami semua  amat gembira bertemu sesama terutama mak mentua bertemu cucu-cucunya. Perjalanan yang jauh dan keadaan jalan yang kurang baik menyebabkan aku terlena tanpa banyak bicara dengan keluarga.
Keesokan harinya aku dan isteri  menyusuri jalan ke Pitas. Mahu cari ikan segar yang kebiasaanya sekitar jam 9.00 hingga 10.00 pagi pelaut naik membawa hasil tangkapan. Selalunya aku tak sampai ke pekan Pitas, terjumpa ikan-ikan yang ku idamkan. Hari itu, macam tidak ada jodoh ungkap anak sulungku. Aku tak dapat ikan walau seekor. Cuma  isteriku membeli lokan saja. Udang disepanjang perjalanan memang ada tapi harganya jauh lebih mahal dari di pasar Kota Kinabalu. Ada juga ikan-ikan kecil digerai-gerai   dan di tamu Seribudaya tapi memang harganya agak mahal tidak seperti dulu. Akhirnya aku ke Pekan Kota Marudu dan membeli ayam segar dari seorang kenalan. Harganya RM11.00sekilogram. Agak mahal tapi memang segar. Kedaan ini timbul kerisauan aku tentang anak-anak nelayan disepanjang jalan ke Pitas. Bagaimana mereka mendapat sumber protin yang cukup bila hasil tangkapan semakin kurang dan harga ikan menjadi mahal  berbanding dulu. Kita harapkan agar keadaa ini tidak berterusan.
Kepada teman-teman  yang  bercadang ke Kota Marudu atau Kudat pada sebelah malam, anda kena ambil perhatian lebih kepada keadaan jalanraya terutamanya bermula dari Kg Timbang, Kota belud hingga ke simpang Kudat- Kota Marudu. Keadaan jalan amat daif sekali. Terdapatnya lubang-lubang disepanjang perjalanan. Pembaikan jalan juga banyak dibuat tapi tidak punya tanda amaran yang cukup. Lampu-lampu amaran dan papantanda  sepatutnya dipasang untuk memastikan pengguna menyedari akan kerosakan yang ada. Silap langkah, anda akan termasuk dalam gaung. Justeru berhati-hati bila melalui jalan tersebut.
Sepanjang ingatan  sejak 1992 aku melalui jalan ini, hanya dimasa Datuk Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri  berkeadaan baik. Selepas beliau meletakkan jawatan Ketua Menteri dan sehinggalah kesaat ini, keadaan jalan ini semakin bertambah buruk walau jalan ini sering dilalui oleh  tiga orang Menteri Persekutuan dan negeri. Sebagai pengguna jalan ini, aku mohon agar kerajaan mengambil perhatian dan membaiki jalan-jalan yang rosak segera sebelum banyak kejadian buruk berlaku. Kerajaan BN kena lebih adil memebri peruntukan kepada Sabah. Kalau di Malaya, jalan yang aku lalui bulan Julai lalu dari Kuala Lumpur, Temerloh, Kuantan dan  Sermban  terus  ke Kuala Kangsar dan berpatah balik ke Ipoh tidak pernah aku temui jalan seteruk jalan  ke Kota Marudu walau dalam  jarak 10 meter. Moga perjalan teman-temanku selamat.

No comments:

Post a Comment