Assalamualaikum.
Hari Raya Korban atau selalu disebut Hari Raya Haji tak lama lagi akan menjelang iaitu pada 10 zulhijjah 1432 hijrah bersamaan 6hb November 2011. Perayaan ini sememangnya antara hari-hari besar dalam Islam dan sepatutnya diraikan oleh umat Islam sebaiknya berbanding perayaan lain seperti hari kekasih, hari bapa, hari ibu temasuklah hari kebnagsaan. Pada hari tersebut berjuta umat manusia akan terima oleh Allah akan pengorbanan mereka menemui Allah di tanah suci Mekkah. Hari Raya Korban juga mengingati akan peristiwa Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya Nabi Ismail semata-mata kerana patuh dan mengikuti suruhan Allah. Maka itu kita umat Islam semestinya memuliakan akan hari ini sebaik-baiknya dengan mengadakan amalan yang disuruh terutamanya sunah korban binatang, sembahyang sunat 2 rakaat di masjid bersama jemaah dan menziarahi kubur. Aktiviti dan amalan mulia lain juga hendaklah kita lakukan.
Saya tidak mahu bicara panjang soal hari raya korban dalam sudut agama kerana saya bukan pakar dalam bidang ini. Apa yang saya mahu utarakan ialah sesuai dengan agama rasmi negara kita iaitu Islam, maka kerajaan hendaklah mengambil peranan untuk membawa masyarakat terutamanya orang Islam ke arah menjadikan Islam satu perjuangan teratas semasa perayaan ini. Badan-badan kerajaan yang ada semestinya mengepalai NGO Islam dalam membuat berbagai aktiviti keislaman sempena perayaan besar ini. Dengan ini, anak-anak muda akan tertanam dihati dan minda mereka akan perjuangan Islam sebenar. Malangnya, perkara ini tidak mendapat tempat dalam masyarakat kita hari ini. Hari Raya Korban disambut ala kadar sahaja. Ianya hanya kita rasai bila kita berada di negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu, negeri pantai timur Semenanjung. Kalau di Sabah, hanya dicorong-corong radio sahaja kita dengar ada ucapan. Jarang sekali kita dengar ada acara besar-besaran dibuat oleh kerajaan atau badan berkanun. Saya tidak mengharapkan ia disambut sebulan seperti pesta Kaamatan tetapi cukup kita raikan sesuai dengan kemuliaan dan kebesarannya.
Oleh itu, kita harapkan para pemimpin Islam dalam kerajaan dan badan-badan berkanun supaya mengambil langkah berani menjadikan Hari Raya Korban ini satu perayaan yang benar-benar memberi makna kepada semua masyarakat terutamanya masyarakat Islam. NGO Islam juga mesti ikut sama mengadakan aktiviti-aktivit bercorak dakwah, pengajaran dan amalan mulia sesuai dengan kedatanagan hari penuh berkat ini. Aktiviti tersebut hendaklah diatur agar kita benar-benar terasa berada didalam suasana kemuliaan dan memahami erti pengorbanan sebenar.
Selamat merayakan Hari Raya Korban. Moga amalan dan pengorbanan kita dalam menjadikan agama kita terunggul diberi kerahmatan oleh Allah.
Wednesday, November 2, 2011
Monday, October 17, 2011
Jalan Raya Kita- Tempelan
Kali ini aku ingin tulis tentang jalan raya kita. Pada 13 Oktober lepas aku bertolak dari Kota Kinabalu untuk ke Kota Marudu bersama anak-anak dan isteri ziarahi kelurga. Keesokan harinya aku ke Pitas sambil mencari ikan segar. Jarak dari Kota kinabalu ke Kota Marudu sekitar 130km dan ke Pitas 38km. Jarak tersebut memaksa kita mengambil masa sekurang-kurangnya 3 jam dari Pitas ke Kota Kinabalu. Berbanding dengan leburaya di Semenanjung yang hanya memakan masa kurang 90minit. Kenepa ini berbeda? Tentu kerana jalan yang aku namakan "Jalan Tempelan".
Dari permerhatian ku jalan sepanjang yang aku lalui diperbaiki dengan cara tempelan. Ku lihat pekerja mengorek lubang kwasan jalan yang rosak lalu menempelnya. Tempelan ini kadang rendah dan kadang tinggi, tidak rata. Kalau tempelan yang panjang nampak kemas sikit kerana ada jentera pemampat, pun kurang rata kadang beralun. Keadaan ini memnyebabkan kita seperti memandu dilautan yang berombak atau menunggang kuda. Kadang terlambung kadang terpaksa tekan break kerana lubang belum tertempel. Sepanjang perjalanan ku, pasti kelihatan jalan ditempel. Ada yang lama dan ada yang baru. Perjalanan tidak selancar yang diidamkan. Kena berhati-hati lebih.
Dari penyataan di atas, aku tertanya-tanya. PM kata kita punya banyak wang untuk dibelanjakan. Kita cukup dana membangunkan rakyat terutamanya luar bandar. Kalau benar demikian, kenapa jalan kita ditempel-tempel cuma. Kenapa tidak diaspal secara sekata agar kita pengguna sentiasa terbela. Kedaan jalan yang ada kini mungkin penyebab kepada banyak kemalangan. Justeru, pihak kerajaan kena mengambil perhatian dan tindakan untuk mengaspal jalan yang rosak secara sekata bukan main tempel-tempelan. Barulah kita akan kecapi piawaian negara maju.

Sunday, October 16, 2011
Perjalanan pulang ke kampung
Syukur Alhamdulillah perjalanan aku dan keluarga ke Kota Marudu selamat. Kini aku sudah di rumah dan sambung coretan yang dapat aku kongsikan bersama teman.
Malam itu kami sampai di pekan Kota Marudu sekitar jam 11.00 malam dan sampai di rumah bapa mertua 15 minit kemudian. Keadaan keluarga semua makin baik walaupun mak mentua masih sakit-sakit badan. Kami semua amat gembira bertemu sesama terutama mak mentua bertemu cucu-cucunya. Perjalanan yang jauh dan keadaan jalan yang kurang baik menyebabkan aku terlena tanpa banyak bicara dengan keluarga.
Keesokan harinya aku dan isteri menyusuri jalan ke Pitas. Mahu cari ikan segar yang kebiasaanya sekitar jam 9.00 hingga 10.00 pagi pelaut naik membawa hasil tangkapan. Selalunya aku tak sampai ke pekan Pitas, terjumpa ikan-ikan yang ku idamkan. Hari itu, macam tidak ada jodoh ungkap anak sulungku. Aku tak dapat ikan walau seekor. Cuma isteriku membeli lokan saja. Udang disepanjang perjalanan memang ada tapi harganya jauh lebih mahal dari di pasar Kota Kinabalu. Ada juga ikan-ikan kecil digerai-gerai dan di tamu Seribudaya tapi memang harganya agak mahal tidak seperti dulu. Akhirnya aku ke Pekan Kota Marudu dan membeli ayam segar dari seorang kenalan. Harganya RM11.00sekilogram. Agak mahal tapi memang segar. Kedaan ini timbul kerisauan aku tentang anak-anak nelayan disepanjang jalan ke Pitas. Bagaimana mereka mendapat sumber protin yang cukup bila hasil tangkapan semakin kurang dan harga ikan menjadi mahal berbanding dulu. Kita harapkan agar keadaa ini tidak berterusan.
Kepada teman-teman yang bercadang ke Kota Marudu atau Kudat pada sebelah malam, anda kena ambil perhatian lebih kepada keadaan jalanraya terutamanya bermula dari Kg Timbang, Kota belud hingga ke simpang Kudat- Kota Marudu. Keadaan jalan amat daif sekali. Terdapatnya lubang-lubang disepanjang perjalanan. Pembaikan jalan juga banyak dibuat tapi tidak punya tanda amaran yang cukup. Lampu-lampu amaran dan papantanda sepatutnya dipasang untuk memastikan pengguna menyedari akan kerosakan yang ada. Silap langkah, anda akan termasuk dalam gaung. Justeru berhati-hati bila melalui jalan tersebut.
Sepanjang ingatan sejak 1992 aku melalui jalan ini, hanya dimasa Datuk Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri berkeadaan baik. Selepas beliau meletakkan jawatan Ketua Menteri dan sehinggalah kesaat ini, keadaan jalan ini semakin bertambah buruk walau jalan ini sering dilalui oleh tiga orang Menteri Persekutuan dan negeri. Sebagai pengguna jalan ini, aku mohon agar kerajaan mengambil perhatian dan membaiki jalan-jalan yang rosak segera sebelum banyak kejadian buruk berlaku. Kerajaan BN kena lebih adil memebri peruntukan kepada Sabah. Kalau di Malaya, jalan yang aku lalui bulan Julai lalu dari Kuala Lumpur, Temerloh, Kuantan dan Sermban terus ke Kuala Kangsar dan berpatah balik ke Ipoh tidak pernah aku temui jalan seteruk jalan ke Kota Marudu walau dalam jarak 10 meter. Moga perjalan teman-temanku selamat.

Thursday, October 13, 2011
Anak sulungku baru balik dari U
Syukur ke hadrat Ilahi, Alhamdulillah, anak sulungku yang bernama Efa Sakinah , selamat tiba di KKIA petang tadi. Setelah hampir 5 bulan berada di rantauan demi melanjutkan pelajarannya di peringkat Asasi, jurusan Undang-undang di UiTM Pahang Kampus Kuantan. Perasaan gembira dan bahagia dirasai oleh kami seisi keluarga.
Seterusnya, perjalanan ke kampung halaman jumpa nenek dan datuknya yang kurang sihat di Kota Marudu. Bercadang akan singgah di Kg Tamau Kota Belud, ziarah makcik Dayang Sari yang kematian suami tersayang semalam.
Bertemu lagi di lembaran seterusnya, Insya-Allah.
Wednesday, October 12, 2011
Lama aku tidak mencatat apa-apa dalam ruangan ini. Memang aku bukan penulis yang baik. Justeru aku tidak suka menulis. Tapi malam ini macam mau menulis pula. Tapi jam sudah jam 1.30pagi. Mata pula mula mengantuk. Cuma aku mahu kongsi tentang cadangan kerajaan memberi bantuan RM100.00 seorang kepada 5.3juta pelajar tahun 1 hingga tingkatan 6atas pada tahun 2012. Bantuan RM500.00 kepada keluarga berpendapatan kurang dari RM3000.00 sebulan . Nampaknya kerajaan kini punya kemampuan baik dalam membela dan membantu rakyat bagi mencapai cita-cita menjadi negara maju. Kita doakan agar ianya berterusan ditahun-tahun yang akan datang bukan pada tahun 2012 sahaja yang mungkin PRU13 akan diadakan.
Namun aku amat khuatir pada 2020 dimana negara kita Malaysia menjadi negara maju sedang kampungku kini belum punya bekalan air paip bersih, talian telepon, klinik yang menampung kesihatan penduduk, balai serbaguna yang baik, masjid yang indah dan banyak lagi pasarana yang perlu. Nombor rumahpun belum ada, apa lagi data penduduk. Pendek kata, kampungku masih jauh dari igauan kampung maju.

Wednesday, August 31, 2011
Selamat Hari Raya Maaf Zahir batin
Ramadan 1432 kini telah berlalu. Bulan Syawal menjelma. Kalau dalam bulan Ramadan kita banyak beribadah. Siang kita berpuasa, malam pula kita bertarawih, bertahajud, membaca al-quran, bertasbih dan bermacam ibadah. Bulan syawal pula berbeda. Siang kita menjamu selera tak kira masa, malam asyik menonton acara termasuk juga rumah terbuka. Soal ibadah dikerjakan sekadar cuma, lantaran dik kesibokan melayan masa bergembira disuasana hari raya.
Meskeipun demikain, jangan lupa puasa yang masih ada. Puasa 6 dalam bulan syawal masih dituntut disamping membayar kepada mereka yang terpaksa berbuka. Walau semeriah mana hari raya, jangan lupa mereka yang masih susah. Bawalah mereka bergembira bersama. Kalau masa ramadan kita asyik bersedakah, dibulan syawal ini kita teruskan juga. Sebenarnya bulan ramadan mengajar kita menjadi manusia mulia. Justeru, teruskan mana yang diterima sepanjang masa. Moga amalan kita terus diberkatiNya. Kita lalui ramadan kali ini dan kita teruskan semangatnya hingga ke ramadan akan datang.
Selamat bergembira di hari raya. Gunakan kesempatan yang ada beramah tamah, memaafi sesama kita dan saling ziarah menziarahi sanak saudara.

Wednesday, August 17, 2011
Ramadan al Mubarak
Kini kita dalam bulan Ramadan. 17 hari telah berlalu. Malam tadi kita sama-sama lalui tarawih ke 18. Esok malam ke 19. Lusa pula malam 20. Malam ke 21 bermula penggal ke 3 dalam Ramadan ini.
Pada malam-malam yang ganjil dipenggal ke 3 ini, satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan akan turun ke bumi menemui para muslimin muslimat. Malam Lailatul Qadar pasti hadir. Cuma siapakah yang dapat menemuinya? Hanya mereka yang sentiasa beramal dan mengingati Allah pada sepanjang malam dengan penuh ikhlas, insyaAllah mendapat keberkatan dan rahmat dari malam tersebut. Jadi ayuh para sahabat, luangkan masa memuji Allah sepanjang bulan Mulia ini. Moga kita diantara yang menemui Malam terhebat ini. Selamat beribadah kerana Allah

Subscribe to:
Comments (Atom)