Powered By Blogger

Tuesday, November 8, 2011

Laporan Ketua Audit Negara 2010(LKAN)

Hari ini terasa mahu menulis barang sedikit. Saya tertarik dengan tajuk di atas kerana ia amat penting saya rasa. Ianya  sebagai penanda ketelusan kerajaan kita dalam membelanjakan hasil negara yang dikutip setiap tahun. Laporan ini dibentangkan di Parlimen setiap tahun dan selalunya bersama dengan pembentangan Bajet. Tahun ini ada kelainan kerana lewat dibentangkan, 17 hari lewat dari bajet 2011 iaitu pada 24/10/2011. Sebab dan musababnya saya tidak ketahui walaupun Ketua Audit Negara mengatakan bahwa laporan tersebut telah siap lebih awal.

Saya tidak berpeluang meneliti laporan ini kerana ia bukan mudah diperolehi. Hanya media saja menjadi sandaran kita untuk mengetahui akan laporan tersebut. Entahkah benar atau tidak laporan media yang saya baca. Media Harakah dan Suara Keadilan secara online atau bercetak banyak membincangkannya. Begitu juga media lain. Banyak persoalan yang dibentangkan oleh KAN tentang kesalahan  dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak Kementerian dan Jabtan Kerajaan.

Laporan mengatakan hanya 2 banguna makmal  komputer yang siap dari 300 buah yang dululuskan pada 2010  dengan bajet RM160.7 juta amat mengecewakan kita. Ditambah dengan peralatan ICT yang sudah dibekalkan tetapi tidak dapat digunakan kerana  bilik makmal komputer tidak sempurna . Malang sekali keadaan ini berlaku sedang anak-anak kita amat memrelukan akan pengajaran dan pembelajaran menerusi ICT ini. Dimana silapnya? Pihak kementerian kena ambil tindakan segera mengatasi masalah ini.

Laporan juga mengatakan bahwa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah tidak membayar insentif kepada petani padi sebanyak RM110.67 juta iaitu seramai 73,291 orang yang berjaya meningkatkan hasil pengeluaran padi mereka. Bila keadaan ini terjadi sudah tentu para petani menghadapi kesusahan kerana sejumalah wang yang sepatutnya mereka perolehi dan perlu  digunakan untuk meneruskan kegiatan harian mereka bagi penghasilan terus kini terhenti. Para pesawah tidak lagi dapat meneruskan aktiviti sawah kerana ketidak cukupan modal. Dimana hilangnya wang tersebut sedang sudah diluluskan? Menteri yang bertanggungjawab Dato' Seri Noh Omar harus menjawab dan memberi penjelasan dan mengatasi  segera  masalah tersebut  agar para petani boleh membuat persedian yang  terbaik di musim hadapan.

Laporan KAN juga menyebut tentang menu makanan kepada 143 Tabika Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Laporan mengatakan  79 atau 55.2% buah  Tabika telah didapati tidak menepati menu dan piawaian yang ditetapkan atau makanan tamat tempoh. Kasihan anak-anak kita di Luar Bandar yang memerlukan pemakanan berkualiti tapi dikhianati.

Banyak lagi laporan yang dibentangkan terkeluar dari perbelanjaan sebenar. Cukup dulu tiga contoh di atas. Banyak lagi sebenarnya.   Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) menyatakan telah membuka 36 fail siasatan susulan dari laporan oleh Ketua Audit Negara. Kedaan penyalagunaan  ini berulang sejak 2009 hingga kini, 3 tahun berturut-turut. Diharpkan agar dengan penyasatan pihak SPRM ini menyebabkan setiap Kementerian  dan  Jabatan akan memastikan agar  perbelanjaan mereka pada tahun-tahun akan datang benar-benar mengikut apa yang sepatutnya. Jangan lagi membuat sesuatu yang bertentangan dengan peraturan sebenar seperti pembelian TV LCD dengan harga RM16,100.00 berbanding harga pasaran RM2,1823.00.

Diharapkan  pihak SPRM benar-benar menjalankan tugas mereka dan LKAN tahun depan satu laporan yang mencerminkan perbelanjaan sebenar.

Wednesday, November 2, 2011

Hari Raya Korban

Assalamualaikum.
Hari Raya Korban atau selalu disebut Hari Raya Haji tak lama lagi akan menjelang iaitu pada 10 zulhijjah 1432 hijrah bersamaan 6hb November 2011. Perayaan ini sememangnya antara hari-hari besar dalam Islam dan sepatutnya diraikan oleh umat Islam sebaiknya berbanding perayaan lain seperti  hari kekasih, hari bapa, hari ibu temasuklah hari kebnagsaan. Pada hari tersebut berjuta umat manusia akan terima   oleh Allah akan pengorbanan mereka menemui Allah di  tanah suci Mekkah. Hari Raya Korban juga mengingati akan peristiwa Nabi Ibrahim  mengorbankan anaknya Nabi Ismail semata-mata kerana patuh dan mengikuti suruhan Allah. Maka itu kita umat Islam semestinya memuliakan akan hari ini sebaik-baiknya dengan mengadakan  amalan yang disuruh terutamanya sunah  korban  binatang, sembahyang sunat 2 rakaat di masjid bersama jemaah dan menziarahi kubur. Aktiviti dan amalan mulia lain juga hendaklah kita lakukan.

Saya tidak mahu bicara panjang soal hari raya korban dalam sudut agama kerana saya bukan pakar dalam bidang ini. Apa yang saya mahu utarakan ialah sesuai dengan agama rasmi negara kita iaitu  Islam, maka kerajaan hendaklah mengambil peranan untuk membawa masyarakat terutamanya orang Islam ke arah menjadikan Islam satu perjuangan teratas semasa perayaan  ini. Badan-badan kerajaan yang ada semestinya mengepalai NGO Islam dalam membuat berbagai aktiviti keislaman sempena perayaan besar ini. Dengan ini, anak-anak muda akan tertanam dihati dan minda mereka akan perjuangan Islam sebenar. Malangnya, perkara ini tidak mendapat tempat dalam masyarakat kita hari ini. Hari Raya Korban disambut  ala kadar sahaja. Ianya hanya kita rasai bila kita berada di negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu, negeri pantai timur Semenanjung. Kalau di Sabah, hanya dicorong-corong radio sahaja kita dengar ada ucapan. Jarang sekali kita dengar ada acara besar-besaran dibuat oleh kerajaan atau badan berkanun. Saya tidak mengharapkan ia disambut sebulan seperti pesta Kaamatan  tetapi cukup kita raikan sesuai dengan kemuliaan dan kebesarannya.

Oleh itu, kita harapkan para pemimpin Islam dalam kerajaan  dan badan-badan berkanun supaya mengambil langkah berani menjadikan Hari Raya Korban ini satu perayaan yang benar-benar memberi makna kepada semua masyarakat terutamanya masyarakat Islam. NGO Islam juga mesti  ikut sama mengadakan aktiviti-aktivit bercorak dakwah, pengajaran dan amalan mulia sesuai dengan kedatanagan hari penuh berkat ini. Aktiviti tersebut hendaklah diatur agar kita benar-benar terasa berada  didalam suasana  kemuliaan dan memahami erti pengorbanan sebenar.

Selamat merayakan Hari Raya Korban. Moga amalan dan pengorbanan kita dalam menjadikan agama kita terunggul diberi kerahmatan oleh Allah.